Thursday, 8 December 2011

SIMPULAN BAHASA
Ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna asal perkataan itu.

Simpulan Bahasa
Makna
Ada akal
Memiliki idea/cara untuk menyelesaiakan masalah

Ambil angin
Bersiar-siar

Ambil berat
Memberikan perhatian yang serius

Ambil hati
Menjaga perasaan/tersinggung

Anak angkat
Anak orang lain yang terpelihara sebagai anak angkat

Anak emas
Orang yang sangat disayangi

Anak sulung
Anak pertama dalam keluarga

Angkat berat
Beradu mengangkat benda berat

Banyak mulut
Orang yang suka bercakap

Baik hati
Suka menolong orang lain

Banyak mulut
Orang yang suka bercakap

Buah tangan
Hadiah untuk orang yang dilawati

Buta huruf
Tidak tahu membaca dan menulis

Cahaya mata
Anak sendiri

Cakar ayam
Tulisan yang buruk

Campur tangan
Terlibat dalam halo rang lain

Darah daging
Saudara sendiri/sebati dengan jiwa

Ibu angkat
Perempuan yang dianggap seperti ibu sendiri
Kaki ayam
Tidak berkasut atau tidak memakai alas kaki

Kaki bangku
Tidak tahu bermain bola

Kaki lima
Lantai dimuka pintu

Kepala batu
Degil

Keras hati
Susah untuk dipengaruhi/tidak mudah putus asa

Lepas tangan
Tidak mahu bertanggungjawab

Makan angin
Bersiar-siar

Mandi peluh
Mengeluarkan peluh yang banyak

Mulut murai
Orang yang bercakap banyak

Mulut tempayan
Tidak pandai menyimpan rahsia

Murah hati
Dermawan

Naik darah
Menjadi sangat marah

Otak cair
Orang yang cerdik /pandai

Panjang tangan
Suka mencuri

Ringan tulang
Rajin

Sekapur sirih
Kata alu-aluan

Telinga tebal
Tidak pedulikan apa yang didengar

Telinga lintah
Tajam pendengaran

Tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak

Ulat buku
Orang yang suka membaca buku



No comments:

Post a Comment