Sunday, 11 December 2011
Friday, 9 December 2011
Thursday, 8 December 2011
Kata Sendi
KATA SENDI.
Kata Sendi ialah perkataan yang berada di hadapan kata nama atau frasa nama bagi merangkaikan frasa nama dengan frasa-frasa yang lain.Kata sendi digunakan untuk menyatakan tempat,arah atau sumber.
Kata sendi | Penggunaanya | Contoh Ayat |
di | Untuk tempat | 1.Sara bekerja di kedai buku itu. |
ke | Untuk tempat/arah yang dituju,waktu atau masa | 1.Kami akan ke kuala Lumpur esok. |
dari | Untuk menunjukkan arah,tempat,dan masa | 1.Ahmad berasal dari klang 2.Bola itu disepak dari sudut yang sukar |
daripada | Untuk orang,haiwan,benda,asal kejadian,perbandingan | 1..Hadiah ini saya terima daripada ibu 2.Sofea lebih tinggi daripada kakaknya. |
Kepada | Menyatakan sasaran yang merujuk manusia/haiwan,pecahan serta perubahan keadaan | 1 Dahlia mengirim surat kepada abangnya 2.Kumpulan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan. |
Pada | Menunjukkan keterangan waktu/tempat,manusia dan haiwan | 1.Buku itu ada pada rahimah 2.Bas itu akan bertolok pada pukul dua pagi 3Tuliskan nama kamu pada kertas tersebut |
Untuk /bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu/menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan | 1.Baju itu dibeli untuk anaknya. 2Jamuan itu diadakan bagi meraikan kejayaanya dalam peperiksaan |
demi | Membawa makna tujuan | Demi Negara saya rela berkorban apa-apa sahaja. |
tentang | Membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum | 1.Mereka berbincang tentang masalah displin pelajar 2.Tentang perkara itu,kami akan maklumkan tidak lama lagi |
dengan | Membawa maksud bersama-sama/berserta,memakai atau menggunakan | 1.Ayah pergi ke pasar dengan ibu 2.Adik melukis lukisan itu dengan pensel warna 3Warna bajunya sama dengan baju saya. |
Penjodoh Bilangan
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan digunakan untuk menunjukkan bilangan kata nama seperti manusia,haiwan,benda atau tempat.
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Penjodoh bilangan | Penggunaan | Contoh |
angkatan | Kumpulan manusia atau benda | Kapal laut, tentera ,belia |
batang | Benda yang panjang dan lurus | Galah,gigi,tongkat |
bentuk | Benda kecil yang berbentuk lengkung | Cincin,mata kail,subang |
biji | Jenis buah-buahan atau benda yang bersaiz kecil | Nanas,guli,gasing |
buah | Benda bersaiz besar,tempat,semua jenis kenderaan | Rumah,bas,pejabat |
Buku | Benda yang kecil berbentuk bongkah | Roti,benang,sabun |
keping | Benda yang nipis,lebar dan rata | Poskad,poster,papan |
Ketul | Benda yang berketul dan padat | Ais,daging,tulang |
Kawan | Kumpulan haiwan | Gajah,kerbau,lebah |
lembar | Benda yang panjang dan luas bidangnya | Benang,dawai,rambut |
puntung | Benda yang pendek-pendek | Rokok,kayu api,tunggul |
tandan | Buah yang bertandan | Pisang,kelapa,kelapa sawit |
ulas | Benda atau buah yang berulas | Nangka,limau ,manggis |
utas | Benda yang panjang dan boleh digulung | Rantai,dawai,tali |
KATA GANTI NAMA DIRI
1. Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang.
2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga ,iaitu
a) Kata ganti nama diri pertama
b) Kata ganti nama diri kedua
c) Kata ganti nama diri ketiga
Jenis | Penggunaan | Contoh |
Kata ganti nama diri pertama | Menggantikan nama orang yang bercakap | Aku,beta,hamba,saya,patik,kami,kita |
Kata ganti diri nama kedua | Menggantikan nama orang yang diajak bercakap | Anda,awak,engkau,kamu,tuanku,tuan hamba,kalian |
Kata ganti diri nama ketiga | Menggantikan nama orang lain yang dibualkan | Mereka ,dia,baginda,beliau. |
PERUMPAMAAN
Perbandingan makna yang sangat jelas kerana didahului oleh perkataan ibarat,bak,seperti ,laksana ,bagai atau umpama.
Perumpamaan | Makna |
Bagai aur diatas bukit | Menyerah kepada nasib |
Bagai aur dengan tebing | Saling membantu |
Bagai bertepuk sebelah tangan | Cinta yang tidak berbalas |
Bagai buah dipagar binatang | Gadis yang dikeliling oleh gadis-gadis cantik yang lain |
Bagai bulan jatuh riba | Mendapat untung yang besar |
Bagai dihiris dengan sembilu | Pedihnya rasa hati |
Bagai hempudu lekat di hati | Tidak dapat dipisahkan |
Bagai isi dengan kuku | Persahabatan yang tidak akrab |
Bagai kelip-kelip terbang malam | Rahsia yang diketahui orang tidak dapat disembunyikan |
Bagai kucing kehilangan anak | Bingung/hilang akal |
Bagai menatang minyak yang penuh | Menjaga dengan penuh kasih sayang |
Bagai mencurah air didaun keladi | Tidak mahu mendengar nasihat atau ajaran orang |
Bagai mendukung biawak hidup | Menanggung beban yang menyusahkan |
Bagaimana acuan,begitulah kuihnya | Perbuatan seseorang itu mengikut Tingkah laku ibubapanya. |
Seperti anjing dengan kucing | Selalu bergaduh |
Seperti ayam patuk anaknya | Memarahi orang yang disayangi untuk mengajarnya. |
Seperi bulan dengan matahari | Secocok |
Seperti cincin dengan permata | Sangat padan |
Seperti isis dengan kuku | Hubungan yang sangat rapat |
Seperti kacang melupakan kulit | Seorang yang tidak mengenang budi |
Seperti katak dibawah tempurung | Orang yang suka menyendiri dan tidak mengambil tahu mengenai hal-ehwal semasa |
Umpama burung didalam sangkar,mata terlepas ,badab terkurung | Hidup terkurung |
Umpama kiambang di air,akar tidak menjejak ke bumi | Sesuatu yang tidak tetap |
Umpama pisau ditangan kanan,timun di tangan kiri | Lemah dan tidak terdaya melawan orang berkuasa |
Subscribe to:
Posts (Atom)