KATA SENDI.
Kata Sendi ialah perkataan yang berada di hadapan kata nama atau frasa nama bagi merangkaikan frasa nama dengan frasa-frasa yang lain.Kata sendi digunakan untuk menyatakan tempat,arah atau sumber.
Kata sendi | Penggunaanya | Contoh Ayat |
di | Untuk tempat | 1.Sara bekerja di kedai buku itu. |
ke | Untuk tempat/arah yang dituju,waktu atau masa | 1.Kami akan ke kuala Lumpur esok. |
dari | Untuk menunjukkan arah,tempat,dan masa | 1.Ahmad berasal dari klang 2.Bola itu disepak dari sudut yang sukar |
daripada | Untuk orang,haiwan,benda,asal kejadian,perbandingan | 1..Hadiah ini saya terima daripada ibu 2.Sofea lebih tinggi daripada kakaknya. |
Kepada | Menyatakan sasaran yang merujuk manusia/haiwan,pecahan serta perubahan keadaan | 1 Dahlia mengirim surat kepada abangnya 2.Kumpulan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan. |
Pada | Menunjukkan keterangan waktu/tempat,manusia dan haiwan | 1.Buku itu ada pada rahimah 2.Bas itu akan bertolok pada pukul dua pagi 3Tuliskan nama kamu pada kertas tersebut |
Untuk /bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu/menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan | 1.Baju itu dibeli untuk anaknya. 2Jamuan itu diadakan bagi meraikan kejayaanya dalam peperiksaan |
demi | Membawa makna tujuan | Demi Negara saya rela berkorban apa-apa sahaja. |
tentang | Membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum | 1.Mereka berbincang tentang masalah displin pelajar 2.Tentang perkara itu,kami akan maklumkan tidak lama lagi |
dengan | Membawa maksud bersama-sama/berserta,memakai atau menggunakan | 1.Ayah pergi ke pasar dengan ibu 2.Adik melukis lukisan itu dengan pensel warna 3Warna bajunya sama dengan baju saya. |
No comments:
Post a Comment